actually aku tertarik gila dengan entri nih. knapa orang prejudis sangat dengan perokok? i mean bukan semua perokok tu jahat and orang tak merokok tu bukannya baik sangat pon. stuju gak aa blog terfaktab ni tulis. sila baca naa, kalau sapa terasa sila la ubah skit pemikirann tu. maybe pemikiran anda dah 'lame' di zaman sekarang. haa sila baca.
1.Rokok merbahayakan kesihatan.
Terima kasih kepada iklan Kementerian Kesihatan Malaysia, yang sampai sekarang aku masih anggap yang mereka ini sebenarnya berkonspirasi dengan syarikat rokok untuk menaikkan harga rokok apabila KKM yang mewakili kerajaan mengatakan bahawa kerajaan mengurangkan import tembakau maka wajar harga rokok dinaikkan untuk tujuan percukaian dan kesihatan. Banyak yang berhujah bahawa bahan kimia dalam rokok, terdapat 4,000 kimia yang membunuh ada dalam rokok.
Mana-mana awek yang menggunakan hujah ini - tapi pakai make-up, blusher, eye-liner, tak jalan kaki atau naik basikal, dan juga kaki McD dan KFC - bermakna anda hipokrit.
Tahukah anda dalam make-up, blusher, eye-liner etc anda ada lagi banyak bahan kimia yang boleh membunuh dari rokok. Way over 5,000 chemicals. Lagi up 1,000. Kalau nak kata rokok mengandungi karbon monoksida, apasal makwe-makwe ni semua okay bila balak naik kereta? Mana pergi health conscious kau? Bukan ke asap kereta tu lagi mencemar alam? Karbon monoksida dalam enjin kereta tu lagi banyak dari asap rokok. By right kau secara tak langsung, paru-paru kau akan hitam juga kalau kau tak hisap rokok. Sama je.
Dan kalau nak cakap pasal health conscious lah, apasal kau okay bila makan McD atau KFC? Kenapa kau tak nak fikir makanan seimbang atau dating kat restoran vegetarian? Tau tak kau setiap satu set Big Mac mengandungi at least 5 kali ganda bahan pengawet dari yang dibenarkan? Kau tak pernah tahu sebab kau main ngap je, kan?
2.Rokok itu membazir.
Ini alasan kepala bana. Bila selalu kita tengok makwe pada hujung bulan(contoh pada hari ini) - akan menghabiskan masa mereka di shopping mall, beli beg terbaru Charles and Keith, beli kasut Christian Louboutin - kenapa kau nak kata hisap rokok itu membazir? Aku rasa bershopping beli benda macam tu lagi membazir. Sebab aku rasa ketagihan shopping lebih merbahaya daripada ketagihan rokok. At least ketagihan rokok, kau paling-paling spend RM10 sehari - RM300 sebulan. Tu pun kalau kau ni sejenis manusia hisap rokok 20 batang sehari. Ada pernah aku kenal seorang kawan perempuan - dia ketagihan shopping sampai gaji dia RM2k - tinggal RM200 je dia nak hidup setiap bulan. Nasib baik dia duduk dengan mak dia. Lagi bahana.
Put it this way, kau beli baju, dress, atau handbag mahal-mahal untuk apa? Untuk kau kelihatan cantik? Yang kau pergi refer kat billboard Federal Highway - kau pergi refer dengan model minah salleh kaukasia rambut blonde buat apa? Kau bajet dengan kau pakai macam tu, kau boleh nampak cantik macam tu? Contohilah awek aku dimana dia beli baju sepuluh ringgit pun masih nampak elegan dan cun-melecun. Kau beli baju mahal pun - kalau kau dah tak cun tu, tak cun je lah. Terimalah hakikat.
At the end of the day - mother of all pembaziran ialah perkahwinan Melayu. Bila ramai manusia Melayu tengok Nona, tengok kahwin Dato itu artis ini, maka lepas tu semua nak tiru. Contoh, bila Yusri dengan Lisa ni kahwin aku rasa akan lebih ramai yang terpengaruh dengan perkahwinan mereka. Sebab tu perkahwinan mereka ini ditaja dan disiarkan siaran langsung - ini adalah marketing strategy. Mereka tahu minda Meleis ni lemah maka dia taja kahwin artis juta-juta lepas tu ramailah Meleis yang nak mengikut. Profit.
3.Syarikat rokok ialah penaja kerajaan Israel.
Biasanya komen ini datang dari awek-awek hijabster mozlemmah serbanistas yang sering aku anggap Jar Jar Binks yang datang dari Planet Naboo menjajah planet Bumi. Come on, apa tahi yang tak taja Israel? Kau pakai handphone Nokia, dia taja Israel jugak. Kau isi minyak kereta, Shell, Exxon Mobil - penaja paling besar Israel. "Tapi saya isi minyak Petronas" - kau ingat Petronas takde deal ke?Come on, Petronas ni cuma jenama je - pengeluar minyak semua kautim dengan Israel, kau nak phobia apa? Akhirnya Microsoft yang kau guna ni pun - penaja Israel. Lagipun bagi aku, ada 22 negara Arab yang lain, apasal tanah sekangkang kera tu jugak kau nak rebut?
Bagi aku lah, kenapa kau nak sibuk sangat pasal Israel kejam, sedangkan kau ok je beli barangan dari negara China yang menindas warga Tibet dan Uighur, kau boleh hantar anak kau ke Russia belajar medic sedangkan Russia sibuk mempelangkung warga Chechen, dan kau boleh enjoy tengok sinetron Indonesia sedangkan TNI sibuk mempelangkung warga Papua, takkan Israel-Palestin je kau kecoh?
4.Mulut jadi busuk.
Haha ini aku tergelak. Mulut jadi busuk sebab tu kau tak kasi pakwe kau hisap rokok? Macam tu hilanglah nikmat dunia - tempoyak, cincalok, petai, budu, formaggio marcio - semua makanan yang enak-enak dan sedap-sedap menjadikan mulut berbau. Lagipun, mulut berbau adalah normal, kenapa kau nak jadi judgmental dengan mulut berbau? Bagi aku mulut berbau busuk lebih baik dari hati busuk. Sebab tu aku tak judge orang. Kau ingat kalau orang judge kau macam-macam, kau suka tak? Tak kan?
Kenapa kau taknak mulut berbau? Kau nak cemolot 24/7?
5.Nanti bila dah kahwin, merokok akan mempengaruhi anak-anak.
Sebagai perokok dari form 3 aku boleh cakap ini adalah bullshit. Mak bapak aku seorang perokok sejak aku dari azali lagi - tapi kenapa aku harus tunggu sampai form 3 baru aku nak hisap rokok? Kenapa masa aku berusia tujuh tahun aku tak curi-curi rokok abah aku, dan bapak aku selalu suruh aku beli rokok masa aku kecik, kenapa aku tak rembat sebatang senyap-senyap ke apa masa tu?
Sebab aku hisap rokok - sebab aku tengok filem Fight Club, aku tengok Tyler Durden lakonan Brad Pitt sungguh cool menghisap rokok. Lepas tu bila tengok kawan-kawan hisap rokok, baru aku hisap. Aku hisap rokok bukan sebab mak bapak aku hisap rokok, tapi sebab aku memang nak hisap rokok. Dan mak aku hisap rokok pun bukan sebab nenek dan atuk aku hisap rokok. Bagi aku, hisap rokok adalah pilihan diri sendiri.
6.Imej tak baik.
Ini paling lawak - imej tak baik. Apakah imej tak baik ialah menghisap rokok? Bagi aku imej tak baik ialah seorang YB yang ditangkap kerana rasuah RM200 juta untuk membina lebuhraya. Atau seorang ahli politik yang menggunakan ugama untuk kemajuan politiknya. Bagi aku ini lagi hina dari seorang perokok yang jujur dari hatinya sendiri. Lagipun, siapa yang menetapkan imej tak baik ini ada pada seorang perokok? Inilah manusia pasca moden - terpengaruh dengan iklan, filem, drama - selalu nak cerita samseng je hisap rokok, walhal aku tengok member aku yang skema pun hisap rokok. Filem, drama Melayu ni selalu tak mewakili imej realiti yang sebenar - dia distortkan informasi melalui imej visual supaya kau tangkap dalam pemikiran "oh, hisap rokok ialah jahat". Bullshit. In b4 aku tau ada ramai YB yang tak hisap rokok tapi hisap duit rakyat. Yang tu lagi hina.
Kesimpulannya - aku bukan suruh korang hisap rokok, atau lepas ni makwe-makwe terus hisap rokok. Aku takdelah enforce orang hisap rokok. Macam aku, aku hormat orang yang tak hisap rokok - aku akan hisap rokok jauh dari mereka. Tapi untuk seorang makwe menghalang cinta seorang pakwe terhadap rokok, ini melampau.
naaa sekarang paham dak? aku harap hampa yang baca entri ni walaupun hanya copy edit paste bole pkiaq balek naa. kay thas all. bye asalamualaikum. :)
Sunday, March 4, 2012
Subscribe to:
Comments (Atom)


